Monday, June 30, 2008

Pertandiangan Blogging Permainan Tradisional 2008

Perasaan dan Reaksi


Hari ini Cikgu menyuruh kami menyertai pertanding blogging. Saya berasa kagum & bangga kerana ini kali pertama kami ada pertandingan blogging. Topik yang diberikan agak mencabar kerana kami harus mencari informasi dari lelaman internet dan juga mengambil gambar-gambar permainan tradisional. Saya begitu ghairah menyertai pertandingan ini. Kami dikehendaki mengirimkan dua belas artikel dalam masa sebulan. Langkah-langkah yang akan diambil untuk memulakan blog ini , saya akan ke perpustakaan atau mencari informasi dari lelaman internet tentang asal usul sejarah permainan tradisonal seperti congkak dan gasing. Selain daripada mencari informasi di lelaman internet ataupun ke perpustakaan, saya juga aku mengambil gambar apabila rakan saya sedang bermain permainan tradisional ini. Saya akan mengirimkan gambar-gambar mereka di blog ini.

1 comment:

teratakminda said...

saya tertarik dengan entri blog anda yang pertama.. perkataan yang kamu gunakan amt memberaangsangkan... teruskan usaha ini.. syabas