Saturday, July 5, 2008

Asal Usul Gasing Bahagian 2



Permainan Gasing asalnya dari Melaka. Ia mempunyai ciri-ciri keistimewaan di mana kepakaran pembuat gasing menjadi tunjang kepada penghasilan sesebuah gasing. Gasing diperbuat dari jenis kayu yang baik bagi menjamin ketahanannya di samping keseimbangannya yang menjadi kayu pengukur kepada kejayaan pemain. Pemain harus mahir memangkah dan memastikan gasing pihak lawan berjaya dipangkah merupakan kesenian permainan itu menjadi titik tolak kejayaan sesebuah pasukan untuk bergelah juara. Permainan gasing pangkah bukan sahaja melibatkan penumpuan yang khusus tetapi kepakaran untuk memangkah dan mematikan gasing lawan juga memainkan peranan kerana setiap balingan (pangkahan) perlu menepati sasaran. Pelbagai jenis gasing pangkah terdapat di negeri ini antaranya "gasing bulat" atau "gaisng tunjang", "gasing botol" atau "gasing jantung" manakala "gasing leper" pula juga dikenali sebagai "gasing pereng" atau "gasing merempeng". Penggunaan kayu yang berkualiti dan keras menjadikan sesebuah gasing itu sukar retak atau pecah bagi menghasilkan sebuah gasing yang mantap apabila berhadapan dengan pihak lawan ketika pertandingan. Pembuat gasing akan memastikan kayu yang berkualiti sahaja mampu menghasilkan sebuah gasing yang mampu bertahan lama antara kayu yang sering digunakan ialah merbau, limaum, jambu batu, kualang, bakau, rhu dan leban. Bagi menghasilkan sebuah gasing memerlukan kemahiran serta pengetahuan di samping bakat dan seni untuk mengahsilkan produk yang berkualiti, bentuk yang ringkas termasuk tali bagi melilit untuk memusingkan gasing.
Tali yang di perbuat daripada benang atau tali terap di mana bahagian pangkal besar dililit di tangan permain manakala hujung tali yang halus melilitkan di bahagian atas kepala gasing melawan arah jam. Ada juga sejarah yang menulis Gasing berasal daripada permainan Laga Telur. Pada mas dahulu, kanak-kanak suka bermain permainan memusing dan melagakna telur ayam. Kemudian, barulah idea untuk menghasilkan Gasing mengikut ruap bentuk telur. Malangnya, sekarang anak-anak kita lebih suka main alat modern seperti PSP, XBOX atau PS3.

No comments: