Monday, July 14, 2008

Pandangan orang lain tentang permainan tradisional

Saya telah mendapatkan pandangan dari dua generasi berbeza.

Yang pertama, saya tanyakan pada Pakcik saya yang umurnya dalam lingkungan 50an. Pendapatnya seperti berikut.
- Gasing adalah suatu permainan yang unik. Bukan semua orang boleh bermain gasing kecuali yang mahir & faham pada permainan ini. Walaupun, permainan gasing, kita hanya melihat ia berpusing berapa lama hingga dapat dimatikan oleh pihak lawan. Ada keistimewaan pada permainan gasing, seperti seni untuk membuatnya, tali untuk melilit gasing itu dan cara untuk melepaskan gasing itu supaya berpusing.

Yang kedua, saya telah mendapatkan pandangan dari kenalan remaja saya. Pandangannya terhadap gasing seperti berikut:
- Gasing adalah permainan yang tidak menghairahkan. Ia sungguh berbeza dari permainan elektronik yang canggih dan bernilai ratusan dolar. Permainan yang lebih mencabar juga boleh didapati dari lelaman web dan permainan tidak perlu mendalami permainan itu. Untuk gasing pula, seseorang itu mesti mempunyai minat & kemahiran yang mendalam.

Pendapat saya pula, jika kelab-kelab masyarakat mengambil langkah seperti menganjurkan kelas membuat atau bermain gasing, tentu, tradisi bermain gasing tidak asing dari muda-mudi zaman siber.

Thursday, July 10, 2008

Cara bermain Congkak

Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu hingga ke rumah atau kampung lawan. Gerakkannya akan diteruskan hingga buah yang terakhir dimasukkan ke rumah yang kosong di kawasan sendiri atau lawan atau pemain hendaklah berhenti jika buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri.
Setelah tamat pusingan yang pertama, setiap pemain akan mengisi semula dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar . Kampung ini tidak boleh diidi jika salah satu pemain mengaku kalah.

Asal Usul Congkak

Congkak sejenis permainan tradisionla melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak, biji congkak biji guli dan lain-lain. Permainan Congkak ini telah wujud sejak zaman kesultanan Melayu Melaka. Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak ialah diperbuat daripada batang pokok perahu besar yang diukir seperti perahu dan dihujungnya diukirbentuk kepala haiwan seperti burung. lubang-lubang congkak diperbuat dalam dua barisan antara satu sama lain dan lubang-lubang itu dinamakan kampung. Pada penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar dan dinamakan rumah. Jumlah kampong yang didapatkan di congkak itu adalah lima-sembilan sebaris. Congkak jugak digalakkan untuk digunakan sebagai alat bantuan mengajar subjek matematik.

Saturday, July 5, 2008

Asal Usul Gasing Bahagian 2



Permainan Gasing asalnya dari Melaka. Ia mempunyai ciri-ciri keistimewaan di mana kepakaran pembuat gasing menjadi tunjang kepada penghasilan sesebuah gasing. Gasing diperbuat dari jenis kayu yang baik bagi menjamin ketahanannya di samping keseimbangannya yang menjadi kayu pengukur kepada kejayaan pemain. Pemain harus mahir memangkah dan memastikan gasing pihak lawan berjaya dipangkah merupakan kesenian permainan itu menjadi titik tolak kejayaan sesebuah pasukan untuk bergelah juara. Permainan gasing pangkah bukan sahaja melibatkan penumpuan yang khusus tetapi kepakaran untuk memangkah dan mematikan gasing lawan juga memainkan peranan kerana setiap balingan (pangkahan) perlu menepati sasaran. Pelbagai jenis gasing pangkah terdapat di negeri ini antaranya "gasing bulat" atau "gaisng tunjang", "gasing botol" atau "gasing jantung" manakala "gasing leper" pula juga dikenali sebagai "gasing pereng" atau "gasing merempeng". Penggunaan kayu yang berkualiti dan keras menjadikan sesebuah gasing itu sukar retak atau pecah bagi menghasilkan sebuah gasing yang mantap apabila berhadapan dengan pihak lawan ketika pertandingan. Pembuat gasing akan memastikan kayu yang berkualiti sahaja mampu menghasilkan sebuah gasing yang mampu bertahan lama antara kayu yang sering digunakan ialah merbau, limaum, jambu batu, kualang, bakau, rhu dan leban. Bagi menghasilkan sebuah gasing memerlukan kemahiran serta pengetahuan di samping bakat dan seni untuk mengahsilkan produk yang berkualiti, bentuk yang ringkas termasuk tali bagi melilit untuk memusingkan gasing.
Tali yang di perbuat daripada benang atau tali terap di mana bahagian pangkal besar dililit di tangan permain manakala hujung tali yang halus melilitkan di bahagian atas kepala gasing melawan arah jam. Ada juga sejarah yang menulis Gasing berasal daripada permainan Laga Telur. Pada mas dahulu, kanak-kanak suka bermain permainan memusing dan melagakna telur ayam. Kemudian, barulah idea untuk menghasilkan Gasing mengikut ruap bentuk telur. Malangnya, sekarang anak-anak kita lebih suka main alat modern seperti PSP, XBOX atau PS3.

Wednesday, July 2, 2008

Asal Usul Gasing Bahagian 1


Gasing merupakan sejenis permainan tradisional yang begitu popular pada suatu ketika dahulu. Kepenatan membanting tulang dalam mencari rezeki menyebabkan orang Melayu dahulu mencari pelbagai cara untuk bergembira tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar, malahan, menggunakan bahan terbuang. Ini telah menimbulkan idea oleh masyarakat Melayu untuk mencipta permainan gasing yang diperbuat daripada kayu yang terbuang. Pelbagai faedah boleh didapati daripada permainan gasing ini. Selain dijadikan sebagai hiburan dan juga memanfaatkan bahan terbuang, permainan gasing juga dapat mengembangkan idea-idea masyarakat Melayu, dan ini terbukti dengan terciptanya pelbagai bentuk gasing serta teknik permainan. Permainan gasing juga dapat menyerikan lagi rumah tradisional Melayu kerana gelanggang permainan gasing kebiasaannya dibina di halaman rumah dan di bawah pohon yang rendang yang meredupkan gelanggang. Permainan gasing bagi orang Melayu juga menguji tahap kemahiran dan kepantasan seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi. Kemahiran dan kebolehan amat penting dalam gelanggang gasing. Kepantasan dan ketepatan juga penting dalam permainan gasing. Permainan gasing harus terus dimainkan oleh generasi muda sekarang sebagai langkah untuk mengekalkan tradisi permainan ini. Jika usaha gigih diteruskan, pasti suatu ketika nanti gasing akan menjadi permainan yang digemari. Pemulihan permainan ini diharap dapat memaparkan kepada umum tentang warisan bangsa Melayu yang telah dilupakan agar terus berkekalan.

Monday, June 30, 2008

Pertandiangan Blogging Permainan Tradisional 2008

Perasaan dan Reaksi


Hari ini Cikgu menyuruh kami menyertai pertanding blogging. Saya berasa kagum & bangga kerana ini kali pertama kami ada pertandingan blogging. Topik yang diberikan agak mencabar kerana kami harus mencari informasi dari lelaman internet dan juga mengambil gambar-gambar permainan tradisional. Saya begitu ghairah menyertai pertandingan ini. Kami dikehendaki mengirimkan dua belas artikel dalam masa sebulan. Langkah-langkah yang akan diambil untuk memulakan blog ini , saya akan ke perpustakaan atau mencari informasi dari lelaman internet tentang asal usul sejarah permainan tradisonal seperti congkak dan gasing. Selain daripada mencari informasi di lelaman internet ataupun ke perpustakaan, saya juga aku mengambil gambar apabila rakan saya sedang bermain permainan tradisional ini. Saya akan mengirimkan gambar-gambar mereka di blog ini.